bicara tentang C.I.N.T.A

| | 0 comments

Bicara tentang cinta

Jika kita menyintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika anda masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun dirinya telah dikecewakan. Kepada orang yang masih percaya, walaupun dirinya telah dikhianati. Kepada orang yang masih ingin mencintai, walaupun dirinya telah disakiti sebelumnya dan kepada orang yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga si dia meninggal dunia, lantaran akhirnya anda terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta anda kepada si dia ketika si dia masih ada.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan bila anda mencintai seseorang yang tidak mencintai anda, tetapi lebih menyakitkan jika anda mencintai seseorang dan anda tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta anda kepada si dia.

Seandainya anda ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis atau jejaka, ibaratkanlah ia seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala anda mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala anda terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi anda. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan anda harus membiarkannya pergi.

Kadangkala anda tidak menghargai orang yang mencintai anda sepenuh hati, sehinggalah anda kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya anda benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang anda sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang anda benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya takwa.

Lemparkan seorang yang sedang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya anda dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, diri anda tak ubah seperti lauk yang tawar tak bergaram.

Cinta adalah keabadian.. dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang anda inginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang anda temukan di dalam dirinya.

Anda tidak pernah tahu bila anda akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya, raihlah ia dengan kedua tanganmu. Jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

New Boyz Selamat Hari Raya MTV new Vclip MP3

| | 0 comments

Download: New Boyz Selamat Hari Raya MTV new Vclip MP3

..: RAMADHAN:..

| | 0 comments





datang lagi..
dengan seribu rahmat
sejuta keberkatan
aku mengharapkan kesempurnaan lagi..
mungkin lebih baik dari sebelumnya..
mengharap..
penuh makna
dengan keazaman
beserta penghayatan yg dalam
mensucikan hati yang kotor
jiwa yang bercelaru

rasa tenang
yang berlaku..




to all.. selamat menjalani ibadah puasa moga RamadHan ini membawa rahmat buat kita

SeMuA TeNtAnG... K . I . T . A ......

| | 0 comments



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

aKu InGiN SeNdIrI......

| | 0 comments


Aku ingin sendiri..
sendiri melayan hati..
sendiri melayan sepi..
sendiri melayan mimpi..
sendiri meniti hari..

aku ingin sendiri..
dari berhadapan kata caci..
dari berhadapan umpat keji..
dari berhadapan dgn realiti..

aku ingin sendiri..
duduk menyendiri...
memandang kegelapan malam..
yang redup tanpa bintang..
tanpa cahaya yang terang..

jadi biarkan aku sendiri..
dalam dunia ku sendiri..
melayan hati ku ini...

Liku-Liku Hidup KU.....

| | 0 comments













ni adalah mak n ayah aku yg selalu aku sayang dr awal aku hidup di dunia yg penuh ngan dugaan n cabaran hingga ke akhir hayat aku ni... aku takkan lupa segala pengorbanan mak ayah aku yg selama ni byk mengajar erti kehidupan n memberi aku ilmu agama serta pendidikan tuk bekalan aku di masa hadapan aku kelak... terima kasih MAK, terima kasih AYAH... tak de diaorg, tak de lah aku kat dunia ni, tanpa penat lelah nye tak delah aku sampai ke tahap skang ni... jasa MAK ngan AYAH akan aku kenang sampai bila2... aku doakan semoga MAK n AYAH panjang umur, di berkati tuhan n di beri kehidupan yg aman dan bahagia di samping anak2 yg di sayangi...


ni aku ( EHSAN SOPIAN BIN OTHMAN ) masa kat politeknik Port dickson semasa majlis perjumpaan antara PRS poli PD n poli....??? entah aku pun tak ingat... pakai baju melayu tak leh blah.... tp nk wat cam ner, nak tak nak kena gak lah pakai... tp yg tak leh tahan, baju melayu ni aku pinjam ngan mmbr serumah sewa aku... nama dia Azri... nampak macho tak(jgn mare)...



ni lah dia kaunselor aku kalu nak tahu... dia seorg yg baik hati, peramah,pemurah, dan mcm lg lah... sape yg kenal dia tahu dia cam ner... kaunselor aku ni dah mcm sebhgn drpd aku dah... kalu ader masalah aku mesti cari dia tuk cari jln penyelesaian... tp kekadang tu bernanah gak telinga aku ni kena nasihat drpd kaunselor aku ni... walau pun cam tu, dia ttp seorg yg baik bagi aku... aper yg kuar dr mulut dia tu benar2 belaka.... jadi aku tak terasa ati pun kalu dia nak nasihat cara kasar ker @ cara halus... sbb nasihat dia,byk perangai buruk aku, aku leh ubah... TERIMA KASIH... USTAZAH NORAINI BINTI ISMAIL.....



yg ni pulak ehsan masa keje kat Hotel Royal Adelphi Seremban... tp skang hotel tu dah tukar nama... nama dia skang Hotel Royal Bintang... cam tak leh nak gi je hotel tu... tp apa pun aku seronok keje kat ctu... mcm2 benda aku belajar... aku kat hotel tu sebagai " BANQUET WAITER"... bermcm2 function aku kena jaga sampai pergi keje pagi n balik keje pun pagi... time tu mmg tak leh nak blah... penat giler... tak tentu arah nak set meja, kerusi, pinggang, mangkuk, sudu, grapu, goblet, skitting, lace,n mcm lg lah... aku dah lupa lah... tp pengalaman tu mmg berharga bg aku... takkan aku lupakan sampai bila2....




haaa... ni lah sayangku, makweku, n merangkap isteriku... lama ku kwn ngan dia... susah senang aku ngan dia... walaupun aku ni byk perangai buruk, dia still sayang ngan aku... dulu masa nak decler sbg KEKASIH HATI makan masa beb... sbb masa kat poli dulu aku n sygku ni cbuk ngan hal masing2... betul2 jumpa masa perjumpaan kelab PRS... sbb dia pun ahli PRS gak... dia ni dulu ramai peminat termasuk lah aku sekali tp aku ni tak menyerlah sgt sbb aku tahu dia ni mmg ramai lelaki nk tangkap cintan ngan dia ni... tp nak wat cam ner kenalah bersaing tp aku mmg tak reti nak bersaing tuk merebut hati seorg wanita... ape yg aku leh wat aku biarkan jelah lelaki di sekililing dia cube menackle dia... dlm diri aku cuma reti bersaing dlm sukan yg aku minat je.. benda lain tak reti... tp rasa cemburu gak lihat gelagat lelaki yg cube menambat hati dia tu... tp nk wat cam ner mmg jenis "biarkan jelah...wat tak tau je dah"... tp lama2 aku pun jatuh hati kat dia... aku ingat aku ni bertepuk sebelah tangan tp rupa2nya tidak... "dalam diam ku menyintai mu"... lama gak aku nak decler tu dekat nak 2 tahun lah baru decler... lepas dah decler tu, lama gak aku simpan rahsia tu... tup..tup satu ari ader org tahu... kecoh gak sbb semua lelaki ygmenyimpan perasaan ngan sygku tu cari aku tanya hal yg sebenar... pitam gak pale nk jelaskan kat diaorg... akhirnye diaorg dpt terima yg aku ni dpt memiliki hati wanita yg diaorg puja selama ni... kalu aku nak story tak tahu lah samapi bila nak habisnye citer ni... tp aper yg boleh aku katakan dia insan yg amat2 aku sayang dari awal hingga akhir hayat aku...







ni akak kandung ku yg pertama.... namanye NORHAFIZA... dia ni mmg baik hati tp mulut tak leh nak blah... kuat berceloteh... kekadang tu sampai bernanah telinga aku di buatnye... kaki pau mmg nombor 1, pantang adik2 yg lain dapat gaji lebih ckit, asyik mintak belanja je... tp benda tu dah biasa dah kena... dah selalu tp nak wat cam ne lakkan nama pun kakak kandung... walaupun dia cam tu, kekadang aku ade masalah aku akan cari dia gak n kakak kedua aku ( sat lg aku story)... Dia ni mempunyai 4 org anak semuanye sepasang... dia dah kahwin 2 kali dah.. dlul masa ngan suami pertama dia ader 2 org ank pun sepasang gak... suami pertama dia tu meninggal sbb mengidap kanser... cian aku tgk dia... lama gak dia menjanda... dari ank dia ngan suami pertama kecik sampai lah anak dia tu dah bersekolah rendah... baru dia berkahwin sorang lg... tp citer ngan suami pertama dia mmg sadis lah... tak perlulah aku citer kat cni... lepas kahwin yg ke-2 ni, tambah lg 2 org ank lg pun sepasang gak... aku doakan dia berbahagia di samping suami n anak-anak dia hingga ke akhir hayat.... amin...



ni lah dia kakak ku yg ke-2... namanye NORASHIDAH... kakak aku ni pun dah berkahwin gak n mempunyai 3 org ank... aper yg aku suka kat kakak aku ni... dia pandai ambik hati adik2 n abg2 dia... dia ni baik hati n caring orgnye... satu kelebihan dia ni yg aku suka... dia ni mcm wartawan @pun paparazzi... semua masalah dlm keluarga aku n story2 panas, dia akan tahu terlebih dahulu... aku rasa kalu dia jadi wartawan, maybe leh jadi wartawan yg berjayalah leh katakan... satu lg kelebihan dia yg aku suke, dia ni kalu marah, dia akan kata secara berlapis n takkan main lepas je tp aper persamaan dia ngan akak aku yg pertama, kuat berceloteh tp tak sekuat akak aku yg pertama... apa yg penting kat cni aku sayang kakak aku tu... kalu diaorg tiada, tak tahu aku kat mana aku nk mintak tolong... terima kasih kakak-kakak ku...

haaaa... ni lah dia keluarga kakak-kakak ku yg sungguh bahagia n ceria di samping suami n anak-anak tersayang... aku doakan mereka semua dlm keadaan bahagia, ceria n gembira sentiasa serta dilindungi ALLAH S.W.T... amin



haaa hencem n macho tak... nak tahu tak sape ni... ni lah abg aku yg pernah aku coretkan dlm blog aku yg dia tinggal ngan datuk n nenek aku kat kampung dulu... nama dia OSMISA... dia ni happy good lucky org nye... suke wat lawak... lawak dia manjang menjadi je... kalu ikut urutan adik-beradik aku, dia ni yg ke-6 drpd 9 org adik-beradik aku... skang ni dia tinggal kat desa mentari, petaling jaya... dia kerja kat Hotel Le Meridien, kl sentral... sbg aper aku tak tau... tp loaded beb... Hotel 5 star lah katakan... aper yg aku suka kat dia ni, dia ni tak pernah nak masuk campur hal org lain mahupun adik beradik sendiri... dia ni bukan nye pendiam atau apa pun tp dah mmg style dia cam tu nak wat cam ner kan... tp walau pun dia cam tu, dia mmg camcing ngan aku dari dulu lg... byk rahsia aku dia simpan n byk jugak dia nasihat kan aku ni yg berapa boleh blah ni... kalu nak wat kerja gila aku akan ajak dia sbb cuma dia je yg leh masuk ngan kepala aku ni... time aku ade byk masalah aku akan cari dia n dia akan cari aku gak masa dia ade masalah... kira ni byk berkongsi aper saje lah ngan dia... dia dah kahwin n mempunyai sorang anak... dia ni karet susu ckit org nye, nak bini cam model je, nak benda yg org tak de... leh katakan dia nak wat lain drpd yg lain lah... kekadang kelakar n kekadang menyampah pun ade tengok gelagat dia... tp dia ttp baik bagi aku... mudah-mudahan dia bahagia di samping isteri n ank dia yg comel tu selalu...





to be continue...........



















TERIMA KASIH SEGALANYA.....

| | 0 comments


Terima kasih ku ucap kepada mu
Kerana sudi menyayangi diri ku
Semoga kita bersama dan setia



Aku bersyukur pada tuhan yang esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh… kasih
Indahnya ku rasakan
Sewaktu engkau ada bersama disisiku
Indahnya cinta mu
Biar pun apa yang terjadi rela ku tempoh
Asal kau tahu hargai
Pengorbananku ini terhadap dirimu


Sewaktu kau berduka
Aku ada disisi menemani
Sewaktu kau gembira
Jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita
Sepanjang hayat mu